Friday 18 November 2011

THEATER TIME

Yuhu....welkambek to my blog...
Ahkak wish ahkak ada banyak tangan...bila ada banyak tangan boleh hapdet blog selalu. Kalau tidak jadi mcm ni lah...terabai setiap masa.....

Back to the story... semalam, 17/11/11 ahkak telah pegi menonton teater Badai Semalam karya penulis terkenal Khadijah Hashim. Ahkak masih ingat...novel ni ialah novel yg terawal ahkak baca masa ahkak kecit-kecit dulu.  Masa baca buku tu ayaq mata meleleh2... baca pun curik2 sbb mak hendon tak suka anak2 dia baca buku citer.  So...bila dpt tahu citer badai semalam ni nak diteater kan maka ahkak pun semangat berkobar2 nak pegi tengok...ahkak ajak Nadia tengok sekali and she agreed. Kesian mak buyung tu kena heret naik tangga. Dah lah tengok tiket paling murah kan...tinggi nya mak oii gayat teman. Orang ahkak yang pimpin mak buyung..ni tak.  Mak buyung yang pimpin ahkak.... TQ Nadia...

Lagi satu reason nak pegi tengok ialah sebab yg berlakon tu Aaron Aziz...ceh...ni semua pengaruh Nora Elena...kalau tidak takdelah ahkak minat giler kat AA tu. So lepas opis tu kami pun pegi lah ke istana budaya tu nak collect ticket dulu. Lepas dinner kat Sani Char Koey Tiaw kami pun berarak balik ke IB utk solat maghrib dan terus lepak kat sana sampai show bermula...

ni tiket sebagai bukti yg ahkak tak tipu yea..... 


Sebelum skrin dibuka 

Tak dapat tangkap gambo dgn org betul....orang poster jaaaadilahhhhh 

Jumpa plak dgn Jijah.....alahaiii jijah....jijah datang dgn kakak2 nyer..

Jalan citernya oklah.....AA as karim, Erra as mazni, umi aida as mak karim, ziela jalil as mak mazni, fizz fairuz as zaki..dan the rest tu ahkak tak kenal.  Show habis kol 11.15 mlm... pastu derang ada sessi sign autograph. Tapi nak menunggukan derang keluar tu punyalah lama.  Tak koso akak nak tunggu...baik ahkak pulang ke pangkuan keluarga kan...

Kesimpulannya....ok lah....
tapi satu je fakta yg akak nak betulkan.....dari masa first time ahkak baca buku citer ni sampailah ke 17/11/2011 jam 8.30 mlm ahkak memang tak suka karim sebab dia jahat giler. Tapi lepas ahkak tengok citer ni ahkak tukar pendapat...pendapat ahkak karim ni baik dan hensem...sekian terima kasih.

Yang benar
AHKAK..


Monday 24 October 2011

Rindu ke?

Salam...
Rindu ahkak ek....ellehleleheheeh...tanak ngaku sudah...sorry la peminat2 ahkak semua...ahkak ni bizi manjang...tader masa nak hapdet blog yg tercinta nih... tu lah..dulu masa org wat blog ahkak pun nak jugak.. tp sekarang cam terabai fulak... sorry lah blog..nanti hujung tahun masa boss2 ahkak takder ahkak tengok lah muka mu hari2 yer....masa tu ahkak nak donlod gambo bebanyak...biar korang naik meluat fulak tengok muka ahkak...baru tak rindu dah sampai patploh bulan...heheheh

nah...hambek korang muka tuan tanah kedaung tak sedo diri nih...

 kontrol ayu...eh eh eh memang ayu punnn..





Ni semua namanye amek gambo syok sendiri.
dah...ahkak pun dah nak muntah dah ni...
bukan mengandung ye yu'olls.... muntah nak tengok muka sendiri tu.
sok sok kalu rajin ahkak hapdet lagi..

sayonara
AHKAK

Tuesday 4 October 2011

UHUK...UHUK......LAP THE HABUK PLIS...!!

Salam..
fuyoooooo...korang rindu tak kat ahkak? alaaa...ngaku je lah korang rinduuuu... Mode kemalasan ahkak menjadi2 betul sampaikan bersawang2 blog nih...

meh la ahkak letak gambo sekeping dua meh...
eh..eh.. tak boleh lah fulak..

nanti2 lah...

so long peeps..
AHKAK

Wednesday 17 August 2011

Meroyan

Salam
Ada orang suka cakap tak pikir hati org lain. Org2 camni..puasa pun tak guna.  Lebih baik hang pi minum sbb hang puasa pun dapat letih dgn dahaga saje.  Apa tak nya..kutuk dan sindir org kaw2 padahal hang pun buat benda yg sama gak dulu. Cuma skrg je hang tak buat sebab tak berkesempatan. Cuba kesempatan tu masih ada tak hang  pun buat jugak lagi...

Jgn ingat aku tak tau yg sebenarnya hang tu perli aku kan... tak payah lah nak deny.... dari words yg hang tulis tu aku tahu itu ditujukan kpd aku.  Masa hang buat dulu aku tak kisah kan...abes apasal time aku buat hang sakit hati????  Cukup2 lah hang selesa...bagilah kat org lain pulak...

Aku meroyan kat sini pun setakat 2-3 org je yg baca...yg hang tu pegi letak status kat ***  tu seantero alam boleh baca. Kalau hang tu baik...hang tak buat camtu... and aku pun tak kata aku baik sangat tp kalau hang dah jolok2 aku sapa tak terasa beb...

Meh sini aku nak tarbiah sikit...

JAGA MULUT+LiDAH ELAK MUDHARAT

KITA biasa mendengar nasihat orang tua seperti terlajak perahu boleh
berundur, terlajak kata buruk padahnya. Begitu juga dengan kerana mulut
badan binasa.Justeru, Islam sangat memandang berat supaya umatnya menjaga mulut atau lidah daripada mengeluarkan kata-kata nista & pembawa bencana.
Hadis Rasulullah banyak mengingatkan umatnya mengenai bahawa mulut atau
lidah,antaranya:
Rasulullah bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Abu Manshor ad-Dailami
daripada Anas, yang bermaksud: "Barang siapa menjaga daripada kejahatan
qabqab (perut), dzabdzab (kemaluan) dan laglaq (lidah), maka dia akan
terjaga dan terhindar daripada kejahatan seluruhnya."
Ditanya Rasulullah mengenai sebab utama seseorang manusia masuk syurga, lalu baginda menjawab: "Takwa dan baik akhlaknya". Selepas itu ditanya lagi sebab utama manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab; "Ada dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan. (Hadis riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).
Daripada Shafwan Salim, Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: "Apakah
tidak aku khabarkan kepadamu bahawa ibadah yang paling mudah dan paling
ringan kepada tubuh badan ialah diam dan bagus akhlaknya.
Abu Hurairah pula berkata, Rasulullah ada bersabda yang bermaksud:" Barang
siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata
dengan baik atau diam saja."
Satu lagi sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh al-Kharaithi daripada
al-Hasan Al-Bashari bermaksud: "Sesungguhnya lidah orang mukmin itu terletak di belakang hatinya. Apabila dia hendak berkata sesuatu, maka hatinya akan lebih mengerti sebelum diucapkan menerusi lidahnya.
"Lidah bagi orang munafik pula terletak di hadapan hatinya. Apabila dia
berkata sesuatu, nescaya dilakukan terus dengan lidahnya dan tidak
mempedulikan hatinya."
Oleh itu, kita hendaklah menjaga mulut atau lidah daripada mengeluarkan
kata-kata keji seperti mengumpat, memfitnah, memaki hamun, mencarut dan
mempersendakan orang lain.
P/S: Mulut atau lidah perlu digunakan untuk amal ibadah seperti membaca al-Quran dan berzikir.


Sekian edisi meroyan utk kali ini...
Yg benar
Ahkak

Monday 8 August 2011

Makanlah... Apa Tunggu Lagi

Salam..

Ni projek ahkak dgn ofismet 3 hari sebelum puasa tuari... Kitorang decide nak makan2 secara berjemaah dan disamping joli duit kelab kitorang sebelum puasa menjelang. Lepas diskas pasal di mana nak makan maka semorang setuju utk gi makan kat Chili's Bangsar.. Sesape yg takleh ikut kitorang kasi cash..sape yg boleh ikut...moh le kite ke Chili's...

Ahkak suke chili's sbb dia ada chili fries. Tapi kali ni tak pulak order chilli fries...

Moh tengok gambo...


Welkam to chili's


Sebelum makan sampai wajib posing..

Nape gambo derang cerah, gambo ahkak gelap..
Nih mesti nak sabotaj ahkak kan?

posisi yg berlainan

Ni ahkak punya...Fish and Chips
Mimi ordered the same thing..

Sha punya....always burger..
pegi lah mana2 pun...burger jugak yg dia mintak..

Ni pun ahkak punya....side dish... mashed potatoes with blackpepper gravy...
sungguh meveles sekali..

Sue punya gambo makanan tak sempat nak snap sebab dah tak sabo nak makan....
Lepas makan kitorgn round2 sekejap kat situ sbb nak carik red velvet cake..
pastu apa lagi...balik rumah lah..

Yang benar
Ahkak





Derian oh derian

Salam..

Selalu dok dengar org citer pasal derian...so ahkak pun teringin lah nak makan jugak although batuk belum baik...

Ni derian beli just before puasa haritu....sebeno nyer ahkak dah cakap kat somi nak derian musang king.. malangnya susah pulak nak dapatkan..

so inilah saja yang ada ... kucing king saje..

walopun bukan king fox tapi totap meletop wei...

sempat je lah anak dara ni nak mencelah...

tu je for now..

Yang benar
AHKAK

Thursday 4 August 2011

Testing..testing

Salam...

Ahkak testing bersiaran from fon ni. Kalau berjaya yahuuuuuuuu.... Bertambah senanglah berblogging...

Al-Fatihah - Allahyarhamah Sofiah

Salam

Pada 8 Ogos yg lepas ahkak telah kehilangan seorang nenek. 


Nenek ahkak tu or better known as TOK (org utara panggey Tok) telah menghembuskan nafas terakhir pada subuh 8/8/11 tu tanpa disedari oleh sesiapa pun.  I guess arwah taknak anak2nya berdepan dgn saat terakhir arwah kot.  Arwah dah lama dah bed ridden. Sakit tua.  Nasib baik 2 hari sebelum tu ahkak dah pegi ziarah arwah kat rumah makcik ahkak kat kem sungai besi. Pastu makcik2 ahkak diskas utk transfer arwah ke segambut since makcik kat segambut tu tak keje dan boleh pantau arwah sentiasa. So arwah telah ditransport dgn ambulan askar ke segambut. Pastu hari Selasa 8/8 tu kebetulan mmg ahkak cuti sebab kengkonon nak pegi bake with yen nak beli barang buat kuih raya. Tapi masa tu penyakit M punyalah besar so ahkak kansel nak pegi KL. Tup2 lepas sahur tu pakcik ahkak call bagitau arwah dah takde. Lepas hanto anak gi skul ahkak pun terus siap2 pegi segambut ngan pak yunus...

Ahkak berkesempatan mandikan arwah sebelum dikafankan dan dihantar balik kg kat bagan serai. Arwah telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Tinggi, Bagan Serai, Perak sebelum Asar. Alfatihah kepada Arwah tok. Semoga roh tok sentiasa berada di kalangan org yg beriman.

Nilah kubur arwah tok






Yang benar
Ahkak

Sahabat Baik Terkini

Salam...

Meh sini ahkak perkenalkan sahabat baik ahkak sekarang....


Dengan ucapan...tanpamu siapalah aku...

Yang benar..
Ahkak

p/s:  lepas pakai ni memang batuk reda...tapi hilang terus tu belumlah lagi..

PROJEK TERKINI 2 - Pelangi

Salam..

Ini projek terkini...
Novel nih ada 3 penulis..Syud tu ahkak suka sebab...

mmm

mmm


hah..takde sebab tapi memang ahkak suka karya2 Syud. Best...
Hlovate pulak ahkak suka jugak sebab cara tulisan dia ikut suka kepala laki maktiri pak menakan dia punya sepupu punya cara. Bahasa sometimes gila2...sometimes rock kapak...tapi memang best. Noor Suraya pun best tapi bahasa penulisan agak bersastera sket...



Overall citer dia menariklah...
Kalau tak tak kan ahkak beli...

Yang benar
Ahkak

POJAAN HATIKU

Salam...
takkk...ahkak masih waras lagi...ahkak masih blom lupakan blog nih...cuma ahkak tader masa yg cukup.... masa yg ada tu telah digunapakai utk uruskan diri sendiri...uruskan hanak2....bizi wehhh...

Meh sini ahkak tunjukkan pojaan hati ahkak wat masa ni...

Tadaaaaaa...nin dia red velvet cake....

Sudah lama mencari...baru sikalang mendapat..ahkak telah mendapat kan nyer pun kat bangsar shopping centre time makan2 ngan geng2 ahkak baru2 ni...punyalah gumbira tidak terkate..
Tapi tak puaslah wei...makan satu slice je. Alangkah bestnya kalau dapat 1kg terus... hmmmm satu slice tu pun dah rege RM10.80...kalau 1kg ntah berapa lah regenye. Boleh tak nak request...Kepada follower ahkak yg bernama ana...sila belajar buat cake ni pastu tulun wat utk ahkak boleh tak? hehehehehe



Yang ni pun ahkak suke...tapi manis sangat...Macaroons ni pun beli kat BSC jugak. Satu kotak yg panjang tu regenye RM19.00.
Pasni 3-4 takyah beli dah sebab maheiiii...

Papepun ahkak sukeeee sebab dpt makan kek beledu merah tu..

Yang benar
AHKAK

Monday 25 July 2011

PROJEK TERKINI 1- Cinta Sufi

Salam
Ini projek terkini ahkak..
Ahkak memang peminat setia RAM nih... karya2 RAM tak pernah bikin ahkak frust esp Trilogi Bagaikan Puteri, Cinta Sang Ratu & Hijab Sang Pencinta. Lepas tu difollow oleh di bawah ni... Cinta Sufi. Lepas CS ada lagi satu Sutera Bidadari... yg itu tak tau bila nak start. Yang ni pun makan berminggu2 nak khatam. Pak Yunus selalu cakap..."baca kitab pun elok" tapi ahkak wat derk je..... Dah ni hobi ahkak nak wat cemana fulak kan? Sib baik hobi ahkak baca novel....kalau dibuatnya hobi ahkak kumpul barang kemas ke..shopping ke lagi kurus lakiku itu. Sepatutnya awak bersyukur bang.....binimu ini tak reti nak ngabihkan duhet awak....


Tapi ada setengah kawan ahkak memang takleh follow citer RAM nih...ntahlah...ahkak ok jer...
Pasni...setiap buku yg ahkak baca akan ahkak warwarkan kat sini...ada selambak rak lagi nak kena baca nih... yg kat rumah lg...yg kat opis lgi...
Inilah tujuan ahkak wat blog.........

Yg benar
AHKAK

p/s:  tingin lak nak makan diyan...

Sunday 24 July 2011

WTF (What the Felik???)

Salam...
Jangan le tekejuit fulak biler tengok tajuk kat atas tu....hamboiii...dah lama tak hapdet tetiba datang tajuk macam tu kan....sungguh tak fatut....tak fatut...
Ahkak bukannya apa...ahkak felik betul lah dgn batuk ahkak ni... ntah biler dia nak baik pun ahkak tak tau. Ahkak dah tensen sangat2 dah nih...nampak gayanya ahkak kena jugak pegi jumpa Respiratory Physician utk mengecheck apakah yg ada dlm peparu ahkak nih sampaikan batuk tanak baik2.

Diam tak diam dahhhh dekat nak masuk bulan Ramadhan kan... jadi ahkak harap batuk ni dapat lah mengenyahkan dirinya sebelum puasa start.

Ohw....ni gambar bebudak berdua yg ditangkap menggunakan gadget terbaru ahkak...
Ha...gadget terbaru? Hehehehehe... sempena henfon ahkak yg dah nazak tu dah nak kaput.. maka ahkak dengan sukacitanya telah mendapatkan ifonfor sebagai gantinya....itu pun setelah dipikir selama patploh hari patploh malam baru wat keputusan merembat sejibik ifonfor dengan harapan semoga akak dapat bertahan memakainya selama 5-6 tahun. Yelah...bukan senang ahkak nak beli ni wei.... ikat perut tuh.... ahkak bukan org senang mcm mengkeme semua...hubby ahkak pun bukannya romantika diamor nak present2 segala kat ahkak...

abaikan pemandangan belakang tuh...seghabuk peghuk menengoknya..



Muka baru lepas mangkit tidoq..



 Ingatkan nak rembat yg nih...sbb fon ahkak yg sekarang ni sony E. Skrg ni dah tak minat Norkiah lah sbb apa ntah. Tapi bila gi kedai tengok2 fon ni lom sampai lagi kat market.....huuuu...ini menguatkan lagi alasan nak beli ifonfor..


Yang ni pun menjadi pojaan hatiku bila tengok iklan kat tivi..tapi budak kedai tu cakap fon ni takdak value bila nak jual balik...huhuhu....lagi ada alasan for ifonfor... so bye2 tu Samsung Galaxy S2



Hmmm...nilah hasil rampokan terkini milik ahkak.  Make sure pakai sampai lebam.....

Lepas nih kena lagi rajin hapdet blog sbb dah ada ifonfor...
ye lah tuuu...
ya a aww je...

Yang Benar
Ahkak

Wednesday 13 July 2011

Entry Batuk

Salam..
Ahkak moskel lah...batuk ahkak ni dah sebulan lebih dah tapi takkkkkk baik2. Tension betul. Berkodi2 dah makan ubat dan berpack2 dah pad ahkak abes dek penangan batuk nih...

Ada sekali dulu ahkak macam nih jugak..tapi bila pegi specialist (Dr. Zainuddin @ Damansara Specialist) tengok2 takde mende pun. Sajer je ngabehkan ahkak punya medical allocation.

Skrg ni takkan nak pegi specialist lagi? Nak pegi mana fulak? Tawakkal? Ampang Puteri? or pegi balik kat Damansara Specialist tu? WTF punya batuk (What the Fofular)...

Kalau nak tau mcm mana cutenye ahkak batuk...haa.. mcm gambar ni lah..
ala la la la la la...tomeynye batukkk..

chalo lah dulu..
nak pi batuk sat..

Yang cute
Ahkak

Wednesday 6 July 2011

Photo Shoot Session

Salam...
Amek ko...sampai terlebih rajin fulak ari ni. Sementara tengah rajin nih baik ahkak clearkan folder utk hapdet blog nih...nanti bersawang tak lah rasa bersalah sangat..

Kali ni nak citer pasal photoshoot session utk department ahkak. Korang mesti nak tengok kan rupa2 loktor2 kat dept ahkak ni... so mari kita kenal kan...

Ni sumer consultant...
duduk dari kiri - Ms Hew, Mr Pau, Dato AY, Mr E dan Mr J
Berdiri dari kiri:  Mr Rais, Mr Alwi, Mr Paneer, Mr Nazeri, Ms Roshilla dan Mr Siva

consultant plus senior registrar

the whole of cardiothoracic dept.

the sexytery dan bosses memasing

the seksateri bersama manager mereka...

gambo syok sendiri

bond girls ke?

syok sendiri lagi..

takde keje eh...

konfem tak de keje..

su, mimi, me and mr al

my new boss..ms roshilla

boss tak jadi...
nyampah pulak tengok double chin ahkak....terang-terangan di situ.
udah..udah...pi buat keja pulak..
asek ngadap blog je...

cau cin cau..
AHKAK

Farewell Dinner

Salam.
Fuh...fuh....dah agak berhabuk di sini...
Disamping tak sihat...ahkak jugak mcm tak de mood nak hapdet blog... sian korang tertunggu2  (chewahhhh.. perasan mcm org tunggu pun...)
Ahkak batuk berpanjangan dah 3 season dah direct takde u-turn2 lagi...tensi tau....tensi...
Pegi clinic dah bape kali dah... masih tak nampak kesan...
Last solution semalam ahkak beli madu...hopefully akan nampak kesannya.
Bila dah batuk mesti sakit kepala... lepas tu memang nak jadi citer..air pulak masuk lam telinga... rasa bengkak pulak telinga ni...jadi complete set lah bahagian kepala tu...
Sekali je batuk maka berjemaah lah kepala ngan telinga sakit....hmmm....cobaannnnn...cobaannnnn
Pape pun meh ahkak citer pasal dinner farewell hari tu utk loktor2 ijn ni yang nak berenti maupun abes contract... so dinner ni diorganized utk Mr Shahrul Amry, Mr Amin Kamrul dan Mr Cao Dang Kang kat Al Rawsya Kg Pandan...makanan ----> opkos middle east cuisine...

sebelum makan wajib posing..

bukti mengatakan memang ahkak pegi al rawsya..

tengah makan pun posing...pendek kata posing all the time lah..

amek ko....licin...

nasi je yg tak abes...yg lain hilang sekelip mata..

sib baik ada 2 org doktor ni...kalau tidak ahkak rasa nasi tu pun licin....

posing maut weh...

Lepas kenyang terus la balik...tunggu apa lagi...

chalo bebeh...
Ahkak