Wednesday 17 August 2011

Meroyan

Salam
Ada orang suka cakap tak pikir hati org lain. Org2 camni..puasa pun tak guna.  Lebih baik hang pi minum sbb hang puasa pun dapat letih dgn dahaga saje.  Apa tak nya..kutuk dan sindir org kaw2 padahal hang pun buat benda yg sama gak dulu. Cuma skrg je hang tak buat sebab tak berkesempatan. Cuba kesempatan tu masih ada tak hang  pun buat jugak lagi...

Jgn ingat aku tak tau yg sebenarnya hang tu perli aku kan... tak payah lah nak deny.... dari words yg hang tulis tu aku tahu itu ditujukan kpd aku.  Masa hang buat dulu aku tak kisah kan...abes apasal time aku buat hang sakit hati????  Cukup2 lah hang selesa...bagilah kat org lain pulak...

Aku meroyan kat sini pun setakat 2-3 org je yg baca...yg hang tu pegi letak status kat ***  tu seantero alam boleh baca. Kalau hang tu baik...hang tak buat camtu... and aku pun tak kata aku baik sangat tp kalau hang dah jolok2 aku sapa tak terasa beb...

Meh sini aku nak tarbiah sikit...

JAGA MULUT+LiDAH ELAK MUDHARAT

KITA biasa mendengar nasihat orang tua seperti terlajak perahu boleh
berundur, terlajak kata buruk padahnya. Begitu juga dengan kerana mulut
badan binasa.Justeru, Islam sangat memandang berat supaya umatnya menjaga mulut atau lidah daripada mengeluarkan kata-kata nista & pembawa bencana.
Hadis Rasulullah banyak mengingatkan umatnya mengenai bahawa mulut atau
lidah,antaranya:
Rasulullah bersabda seperti yang diriwayatkan oleh Abu Manshor ad-Dailami
daripada Anas, yang bermaksud: "Barang siapa menjaga daripada kejahatan
qabqab (perut), dzabdzab (kemaluan) dan laglaq (lidah), maka dia akan
terjaga dan terhindar daripada kejahatan seluruhnya."
Ditanya Rasulullah mengenai sebab utama seseorang manusia masuk syurga, lalu baginda menjawab: "Takwa dan baik akhlaknya". Selepas itu ditanya lagi sebab utama manusia masuk neraka, maka Rasulullah menjawab; "Ada dua rongga badan iaitu mulut dan kemaluan. (Hadis riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Majah).
Daripada Shafwan Salim, Rasulullah ada bersabda yang bermaksud: "Apakah
tidak aku khabarkan kepadamu bahawa ibadah yang paling mudah dan paling
ringan kepada tubuh badan ialah diam dan bagus akhlaknya.
Abu Hurairah pula berkata, Rasulullah ada bersabda yang bermaksud:" Barang
siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata
dengan baik atau diam saja."
Satu lagi sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh al-Kharaithi daripada
al-Hasan Al-Bashari bermaksud: "Sesungguhnya lidah orang mukmin itu terletak di belakang hatinya. Apabila dia hendak berkata sesuatu, maka hatinya akan lebih mengerti sebelum diucapkan menerusi lidahnya.
"Lidah bagi orang munafik pula terletak di hadapan hatinya. Apabila dia
berkata sesuatu, nescaya dilakukan terus dengan lidahnya dan tidak
mempedulikan hatinya."
Oleh itu, kita hendaklah menjaga mulut atau lidah daripada mengeluarkan
kata-kata keji seperti mengumpat, memfitnah, memaki hamun, mencarut dan
mempersendakan orang lain.
P/S: Mulut atau lidah perlu digunakan untuk amal ibadah seperti membaca al-Quran dan berzikir.


Sekian edisi meroyan utk kali ini...
Yg benar
Ahkak

Monday 8 August 2011

Makanlah... Apa Tunggu Lagi

Salam..

Ni projek ahkak dgn ofismet 3 hari sebelum puasa tuari... Kitorang decide nak makan2 secara berjemaah dan disamping joli duit kelab kitorang sebelum puasa menjelang. Lepas diskas pasal di mana nak makan maka semorang setuju utk gi makan kat Chili's Bangsar.. Sesape yg takleh ikut kitorang kasi cash..sape yg boleh ikut...moh le kite ke Chili's...

Ahkak suke chili's sbb dia ada chili fries. Tapi kali ni tak pulak order chilli fries...

Moh tengok gambo...


Welkam to chili's


Sebelum makan sampai wajib posing..

Nape gambo derang cerah, gambo ahkak gelap..
Nih mesti nak sabotaj ahkak kan?

posisi yg berlainan

Ni ahkak punya...Fish and Chips
Mimi ordered the same thing..

Sha punya....always burger..
pegi lah mana2 pun...burger jugak yg dia mintak..

Ni pun ahkak punya....side dish... mashed potatoes with blackpepper gravy...
sungguh meveles sekali..

Sue punya gambo makanan tak sempat nak snap sebab dah tak sabo nak makan....
Lepas makan kitorgn round2 sekejap kat situ sbb nak carik red velvet cake..
pastu apa lagi...balik rumah lah..

Yang benar
Ahkak





Derian oh derian

Salam..

Selalu dok dengar org citer pasal derian...so ahkak pun teringin lah nak makan jugak although batuk belum baik...

Ni derian beli just before puasa haritu....sebeno nyer ahkak dah cakap kat somi nak derian musang king.. malangnya susah pulak nak dapatkan..

so inilah saja yang ada ... kucing king saje..

walopun bukan king fox tapi totap meletop wei...

sempat je lah anak dara ni nak mencelah...

tu je for now..

Yang benar
AHKAK

Thursday 4 August 2011

Testing..testing

Salam...

Ahkak testing bersiaran from fon ni. Kalau berjaya yahuuuuuuuu.... Bertambah senanglah berblogging...

Al-Fatihah - Allahyarhamah Sofiah

Salam

Pada 8 Ogos yg lepas ahkak telah kehilangan seorang nenek. 


Nenek ahkak tu or better known as TOK (org utara panggey Tok) telah menghembuskan nafas terakhir pada subuh 8/8/11 tu tanpa disedari oleh sesiapa pun.  I guess arwah taknak anak2nya berdepan dgn saat terakhir arwah kot.  Arwah dah lama dah bed ridden. Sakit tua.  Nasib baik 2 hari sebelum tu ahkak dah pegi ziarah arwah kat rumah makcik ahkak kat kem sungai besi. Pastu makcik2 ahkak diskas utk transfer arwah ke segambut since makcik kat segambut tu tak keje dan boleh pantau arwah sentiasa. So arwah telah ditransport dgn ambulan askar ke segambut. Pastu hari Selasa 8/8 tu kebetulan mmg ahkak cuti sebab kengkonon nak pegi bake with yen nak beli barang buat kuih raya. Tapi masa tu penyakit M punyalah besar so ahkak kansel nak pegi KL. Tup2 lepas sahur tu pakcik ahkak call bagitau arwah dah takde. Lepas hanto anak gi skul ahkak pun terus siap2 pegi segambut ngan pak yunus...

Ahkak berkesempatan mandikan arwah sebelum dikafankan dan dihantar balik kg kat bagan serai. Arwah telah selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Masjid Tinggi, Bagan Serai, Perak sebelum Asar. Alfatihah kepada Arwah tok. Semoga roh tok sentiasa berada di kalangan org yg beriman.

Nilah kubur arwah tok






Yang benar
Ahkak

Sahabat Baik Terkini

Salam...

Meh sini ahkak perkenalkan sahabat baik ahkak sekarang....


Dengan ucapan...tanpamu siapalah aku...

Yang benar..
Ahkak

p/s:  lepas pakai ni memang batuk reda...tapi hilang terus tu belumlah lagi..

PROJEK TERKINI 2 - Pelangi

Salam..

Ini projek terkini...
Novel nih ada 3 penulis..Syud tu ahkak suka sebab...

mmm

mmm


hah..takde sebab tapi memang ahkak suka karya2 Syud. Best...
Hlovate pulak ahkak suka jugak sebab cara tulisan dia ikut suka kepala laki maktiri pak menakan dia punya sepupu punya cara. Bahasa sometimes gila2...sometimes rock kapak...tapi memang best. Noor Suraya pun best tapi bahasa penulisan agak bersastera sket...



Overall citer dia menariklah...
Kalau tak tak kan ahkak beli...

Yang benar
Ahkak

POJAAN HATIKU

Salam...
takkk...ahkak masih waras lagi...ahkak masih blom lupakan blog nih...cuma ahkak tader masa yg cukup.... masa yg ada tu telah digunapakai utk uruskan diri sendiri...uruskan hanak2....bizi wehhh...

Meh sini ahkak tunjukkan pojaan hati ahkak wat masa ni...

Tadaaaaaa...nin dia red velvet cake....

Sudah lama mencari...baru sikalang mendapat..ahkak telah mendapat kan nyer pun kat bangsar shopping centre time makan2 ngan geng2 ahkak baru2 ni...punyalah gumbira tidak terkate..
Tapi tak puaslah wei...makan satu slice je. Alangkah bestnya kalau dapat 1kg terus... hmmmm satu slice tu pun dah rege RM10.80...kalau 1kg ntah berapa lah regenye. Boleh tak nak request...Kepada follower ahkak yg bernama ana...sila belajar buat cake ni pastu tulun wat utk ahkak boleh tak? hehehehehe



Yang ni pun ahkak suke...tapi manis sangat...Macaroons ni pun beli kat BSC jugak. Satu kotak yg panjang tu regenye RM19.00.
Pasni 3-4 takyah beli dah sebab maheiiii...

Papepun ahkak sukeeee sebab dpt makan kek beledu merah tu..

Yang benar
AHKAK