Lama sungguh tak jengah blog ni ek...sampai ahkak lupa sebenarnya ahkak ada blog...hmm... apa nak buat.. kebizian melanda menyebabkan blog terabai..
Sementara ada mood dan ada masa nak berblogging meh sini ahkak citer pasal akak gi CSI kat Seberang Takir Kuala Terengganu aritu. CSI jgn korang kata crime scene investigation pulak ye... untuk citer ahkak ni, CSI maknanya corporate social initiatives. Macam ala2 khdmat masyarakat lah gitew...Sebenonyer dah banyak dah CSI yg ahkak pegi tapi satu pun lom letak dlm blog. Peh ni tengoklah... klu rajin ahkak citerlah yg dah lepas2 punyer CSI. Klu tak rajin ... korang paham2 sendiri lah ye.
Kami haritu bertolak ke KT dlm kol 2.30 pm hari Jumaat, 20/4/12. Persinggahan pertama ialah kat Temerloh... lps tu takder singgah2 lagi terus stop utk dinner kat Kerteh. Masa utk menunggu makan tidak dibazirkan since group yg naik Starex dah sampai dulu and dah pre-order utk kitorang. So sampai2 je mmg tak tunggu lama lah terus ngapp.. Tengah sedap2 makan tetiba blekaok.....itu org tengganu cakap. Klu org kita cakap black out. Terpaksalah makan di bawah sinaran lampu spotlight bas. Lepas makan terus zass ke KT. Sampai je dah midnight. Kami stay kat Scout Inn yg letaknya kat sebelah airport Sultan Mahmud.
Hari Sabtu tu, 21/4 tu kami bekfes meehoon goreng dgn kopok lekor. Lepas bekfes terus kami ke tpt kejadian iaitu kat Seberang Takir. Tengok gambo pulak......
Antara xtvt2 yg ada. Ni kawasan YB yg pakai baju pink tu. YB ni baik nko.... very humble. Bini dia pun kehlass...pakai foundation sikit tak cair. Lawo plak tu dan baik jugak sama cam laki dia.
Ni counter ahkak. Beratur pehlisssss
Xtvt dimulakan dgn senamrobik. Ko tengok YB tu pun joeng... sporting giler. Dok kighe panah pong...
Antara org2 Seberang Takir yg register nak buat screening test. As for me lah kan... selalu nya bab2 free screening ni org cha ya nun alif la yg champion sbb derang pantang ada check2 pree ni menonong derang datang. Tapi kt Seberang Takir ni boleh tahan gak responnya
ada kids xtvt iaitu coloring contest.
CPR demo
Group photo session. Acara wajib di setiap CSI. Tapi naper muka ahkak kecik je. Tak aci nih..
Lepas lunch YB belanja naik cruise melayari sungai dan teghuh ke pasar payang. Muka penat giler dengan belengas satu badan dah ni...
pemandangan atas boat..
Lepas borong kat pasar payang terus balik hotel - mandi2...dinner2 dan ke lokasi pagi tadi semula utk acara lucky draw. Habis session tu dlm kol 12 midnite. YB buat plak jamuan utk kitorang. Jgn tak pecaya.. di keheningan malam tu kitorang mkn nasi dagang pulok....huk allorhhhh..
Sok paginya YB pagi2 lagi dah datang kat resort kitorng utk bagi goodie bag. Bagus lah YB ni... very baik dan humble menunduk ke bumi tak menahan...hehehe Paper bag tu lah goodie bagnya. Dlm tu ada towel, kopok lekor dan jugak kopok kering utk bekalan di masa hadapan hehehe
Lepas bekfes kami ke pasar payang balik utk last round shopping. Ahkak dah letih dah so ahkak idok le shopping. Ahkak lepak2 tepi laut sambil kunyah kopok lekor jew. Sebelum balik KL YB belanja lunch pulak kat Taman Tamadun Islam. Belakang ahkak tu masjid kristal. Muka tak semenggah tu sbb dah penat giler. Esoknya nak kejer plak tuh.
Lepas lunch terus zasss balik KL. Singgah dinner kat Kontan (tpt nostagia ahkak) kitorang makan kat Ana Ikan Bakar Petai kat Tanjung Lumpur. Masa akak bajar dulu Tg Lumpur ni ada kampung2 je. Skrg.. tak menahan punya dah membangun. So.. reached KL dlm 12.45 midnite, reached home at 1.00 am dan kepala mencecah bantal at 3.00 am. Bangun kol 5.30 utk pegi kejer.....
Dah lah dulu ek... penat dah ni. Nanti citer lagi.
Till then chow chin chow
AHKAK
Haa.. cepat update cerita jelajah langkawi serta majlis santapan tuan puteri tu.. hamboiihh.. pi tak habaq habaq ya.. we want photos ..we want photos.. hahah..
ReplyDelete