Monday 20 June 2011

PASAL BIBIK

Sebut pasal bibik, ahkak ada baaaaanyakkk pengalaman dengan bibik... kalau dikumpulkan bisa buat novel dong...

Meh sini ahkak senaraikan bibik2 ahkak..

Bibik 1:  Salmah
Salmah ialah bibik pertama ahkak. Ahkak start amek dia masa ahkak ngandungkan Amir @ 2005. Masa memula amek...ya ampun....punyalah baikkkk...pakai baju kurung saje. Bila dah agak2 5 bulan gitu mulalah dia tunjung belang. Siap pakai sleeveless lagi. Terkezut ahkak. Yang bestnya masa ahkak bersalin...ahkak bawaklah dia balik rumah mak ahkak...and masa tu bulan Ramadhan. Si Salmah ni bukak puasa & sahur takmo air lain ye puan2...dia cuma nak air soya saje. Dahlah time berbuka & sahur langsung tak menolong mak ahkak yg berketuntang kat dapoq...relex giler dia kat sana. Lepas raya tu terus dia taknak keje ngan ahkak dah...katanya nak keje kilang...Punca dia berubah adalah disyakki bila dia berkecimpung dalam aktiviti petang2 di padang bersama bibik2 kawasan sekitar....

Bibik 2: Siti Norhayati
Siti ni pun masa amek first time sepatah haram ahkak tak paham apa dia kecek... baik budaknya tapi tak berapa pandai jaga baby. Ahkak dapat immediately lepas Salmah brembus... Time si siti ni akak tak bagi dia masak. Dia cuma basuh kain baju, kemas rumah dgn jaga hanak2 je.  Dia ni pun bertahan lebih kurang 6 bulan saje sbb abang dia paksa kawen. Kata dia lah...betul ke tak ahkak tak tau.

Bibik 3:  Bibiktuataksempatberkenalan
hehehehe..bibik ni lagi tragis. Time amek dia hanak2 ahkak kat mak kat kg. Bertahan cuma sehari...hahahah... tak penah lagi dlm sejarah pembibikan bibik ahkak bertahan cumer sari... Masa nak amek ahkak kena pegi sampai kat gombak sanun... dia dah tua tapi memilih keje. Masa ahkak bawak balik tu dia dah merungut dah cakap rumah ahkak jauh. By the time ahkak balik keje keesokan harinya dia dah lesap. Sib baik dia tak lesapkan barang2 ahkak sekali.

Bibik 4: Yani
Dia ni ahkak dapat dari gombak jugak. Sebelum dia keje ngan ahkak, dia keje ngan cina. So dressing dia dah rupa cam cina....semedang pakai short. Makan pun memilih...breakfast cuma nak maggie, makan tengahari hari2 nak sambal belacan. Pastu dia bawak bekalan sendiri hoccay.... ikan bilis dlm tin. Geli lak ahkak nengokkan ikan bilis tuh. Kalau jaga anak ahkak elok takpe jugak. Ni jaga cam hampeh. Dahlah ahkak masak segala...bila ahkak sampai rumah je terus dia masuk bilik dan bergayut kat phone sepanjang malam....so riwayat dia ngan ahkak cuma 13 hari saje. Lepas tu terus pakyunus hanto dia kat pudu.

Bibik 5: Ria
Ria ni ok sket tapi ada banyak personal problem. Problem mak la, problem laki la. Masa ni dia jarang berkecimpung dgn aktiviti kat padang petang2 so kelakuan adalah agak ok. Pun sama jugak...dia cuma jaga hanak2 dan kemas rumah. Masak tetap ahkak yg buat. Lebih kurang 6-7 bulan jugak lah si Ria ni keje ngan ahkak sebelum dia cakap dia nak balik Indon. So ahkak pun release lah dia....

Bibik 6: Romlah
Si tua romlah ni memang tua, slow dan semua yang seangkatan dengannya. Pun sama...ahkak masak jugak. Satu yang ahkak anti dgn dia ialah dia suka tak tutup makanan properly so selalu lah kena bertelur dek lalat.. Dia keje ngan ahkak dalam 5-6 bulan jugaklah sebelum dia request nak berenti sebab nak keje restoran... dia katalah...betul ke tak ahkak tak tau..

Bibik 7: Ria semula
Rupa2nya si ria ni tak sampai indon pun...dia stuck kat pelabuhan kelang dan pastu ada sorang officer immigresen sudah amek dia keje secara paksaan.  Sib baik dia sms ahkak bagi tau yg dia stuck kat klang. Lepas bibik romlah berenti ahkak saje try luck call ria nak tanya dia kat mana. Rupa2 nya dia dah lari dari rumah org immigresen tuh dan keje kat BTP jugak (since ahkak ada romlah masa tuh). Ahkak offer la dia keje balik ngan ahkah...sib baik dia nak.  Huh....lepas tu masalah dia lagi berganda2 banyaknya bila dia start keje ngan ahkak balik. Masa ni laki dia dah balik kepangkuan dia jadi dia mcm tak boleh berpisahlah pulak dgn laki dia tuh... dah tu pulak akviti padang pulak semakin menjadi2 dan rupa2nya dia lah presiden bibik2 yg berkumpul kat padang tuh. Masa ni ahkak heran sangat...apasal amir cam gelap sket...rupanya...jiran ahkak cakap, bila kol 3-4 ptg je dia dah mula buat "ward round" kat taman ahkak tuh....maklumlah..kan presiden....pastu yang buat ahkak marah giler2 bila dia tak dtg rumah ahkak pd satu pagi tuh (masa ni dia request tak nak stay sekali ngan ahkak). Masa tu kebetulan ahkak ada course so kena kuar awal pagi.. tapi bila ahkak sampai kat KL and call rumah tengok2 dia langsung tak datang. Korang dpt bayangkan tak.. hanak2 ahkak terbiar dlm rumah tanpa ada sesiapa masa tuh. Sepantas kilat ahkak balik rumah terus kensel course segala.....terus carik babysitter yg boleh jaga hanak2 ahkak nih. Terus ahkak sms dia (call jgn ckap la... adalah dekat 50 kali tapi dia off handset) cakap jgn datang lagi. Sib baik ada mama siti boleh tolong jagakan bebudak nih.... Amir ngan Ah tinggal dgn mama siti lama jugak sebelum ahkak decide amek bibik lagi...

Bibik 8:  Mina
Sebelah rumah ahkak ada indon menyewa...lebih kurang dlm 3-4 couple gitu...and sorang sudah keje ngan jiran ahkak belah kanan. Rumah diorang ni macam transit lah kalau ada indon2 yg baru sampai. So.. Mina ni ahkak dapat lepas 3 bulan dia sampai dan ahkak tengok dia tak keje2 lagi. Ahkak saje2 je tanya if dia nak keje dgn ahkak. Tengok2 dia nak. Ahkak pun senanglah sebab tak yah hantar rumah mama siti dah since dah ada bibik balik. Mina ni ok...dia sayang sangat kat amir. Lama jugak dia keje....lagipun senang bangat diorang nih....dah lah duduk sebelah rumah....lepas settle rumah ahkak diorang boleh balik masak kat rumah derang pulak.... Attitude pun okay cumanya bila laki dia start main judi dan ada skandal dia dah macam frustrated. Si laki fulak asek nak pow duit dia ... mana boleh tahan...last2 dia pun pindah dari BTP meninggalkan laki yang dah kawen lain......there goes my 8th maid...

Bibik 9 (current bibik):  Hanifah
Ekceli Hanifah ni dah approach ahkak masa memula dia sampai sini tapi masa tu dia tak berapa faham cakap kita.... so ahkak mcm KIV lah dia dulu (dia pun menyewa sebelah rumah ahkak). Lepas mina berenti dia pun rekomen ahkak amek hanifah ni since dia pun baru berenti keje. Ok lah tu...siap carikan pengganti. Memula keje memang bagus...rasanya dia nih bagus sket dari mina. Habis semua tipuware2 akak dia kemas..yang mana dah tak elok dia buang... tapi biasalah indon nih... eloknya skejap je pon. Tapi sekejap2 pun dah  2 tahun lah dia keje ngan ahkak...mana tak 2 tahun...setakat sebelah rumah je apa ada hal kan. Tapi tu lah.... sabtu baru ni dia tak datang...dah lah tak datang....langsung tak nampak muka...duduk terperap dalam rumah. Geram betul ahkak...sib baik ahkak takde kat rumah pun. Hai la.... bengkek betul kalau memikio kan pasal maid nih... tapi mengenangkan hanak2 yg kecik lagi dan keje2 rumah yg tak berkesudahan maka ahkak rasa ahkak tutup sebelah mata sajalah kot...lantaklah korang. Kalau datang aku bayo gaji...kalau tak datang aku potong gaji...

fuyohhhh....panjangnyer karangan.... kan ahkak dah kata boleh buat novel kan. Penat dah nih..

Chalo Bebeh..
Ahkak

2 comments:

  1. Adekhang wrote:

    Romlah blah lepas mak bagi baju..

    ReplyDelete
  2. hebat cite bibik akak ni..mmg boleh buat novel bertajuk BIBIK...:)

    ReplyDelete